Wednesday, September 24, 2008
Monday, September 8, 2008
Berjumpa Kembali...
Sebenarnya saya sudah mempunyai perniagaan saya sendiri dan saya sibuk menyiapkan blog untuk bisnez saya itu...Dan alhamdulillah blog tersebut sudah pun di hasilkan..
http://ezmultiresources.blogspot.com
atau
http://www.freewebs.com/ezmultiresources/
Kepada kawan2 yang mahu kami bekalkan seperti yang terkandung di dalam blog tersebut bolehlah menghubungi kami terus dan untuk pelanggan yang ingin berurusan dengan kami melalui blog di atas kami akan berikan harga yang terbaik untuk anda.Ingsaallah kami tidak akan menghampakan anda.
Wednesday, June 25, 2008
Lihatlah...
Jawapannya ada pada anda.Anda boleh tepuk dada tanye pada diri anda.Walaupun anda tidak ada perasaan sayang pada mereka tapp bagaimana pula insan yang amat menyayangi anda.Sanggupkah anda melihat orang yang menyayangi anda menderita atas perbuatan yang tidak menguntungkan ini?
Renungkanlah inikah yang patut anda hadiahkan pada insan yang menyayangi anda............
Tuesday, May 13, 2008
Selamat Hari Ibu
Walaupun kadang2 aku x berkenan ngan caranya tapi banyak tunjuk ajar dia turunkan pada aku.
Bila sekarang aku sudah menjadi Mak baru aku tau apa sebenarnya yang mak aku nak tunjukkan pada aku.
Mak terima kasih atas segalanya...Dari mula aku dilahirkan kemuka bumi ini x tau apa2 sehingga aku boleh menguruskan rumahtangga ku sendiri dengan sempurna.Semua ini berkat tunjuk ajar dari mak aku.Tanpa Mak siapalah aku.
Mak I Love You So Much...
Monday, May 5, 2008
Ingatlah...
Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lagiAkan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kitaBerkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnyaTidak tahu kita
Bila harinya
Tanggung jawab tibaRabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Dijalan cahaya
SempurnaMohon karunia
Kepada kami
Hamba-Mu yang hina
Friday, April 11, 2008
Kesan Minum Ais di Badan kita...
Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini.
Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut.
Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila s eseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk.
Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.
Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.
Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr R. Mr R berusia 30 -an. Seorang pekerja gomen yang tabiatnya ialah gemar air batu. Rumahnya sentiasa berkipas namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr R sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas).
Mr R juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuaca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr R tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr R tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr R sudah kena simptom (kalah sejuk) iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.
Begitulah gerak kata orang yang degil. Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:
Kekerapan MEMINUM AIR BATU boleh merosakkan paru-paru.Lebihkan meminum air masak suam dari meminum air batu.
Sekian Wallahualam.
Monday, April 7, 2008
Perokok...perokok...
Tak tahu bagaimana nak ‘menyekolahkan’ penghisap rokok ni. Agaknya macam mana lah kisah kesudahan hidup seorang perokok. Kalau lah ada seratus orang yang seperti saya sudah tentu hidup mereka takkan bahgia. Sememangnya ada, bahkan lebih dari itu. Apa tidaknya. Setiap kali asap yang menyelusup masuk ke hidung ini, ianya membuatkan saya tidak tenang, marah yang tak dapat diluahkan. Bila mereka nak bertaubat ? Mereka terselamat sebab saya tiada kekuatan untuk ‘menyekolahkan’ mereka. Kalau dalam kempen untuk pemandu-pemandu kenderaan di jalan raya ada menggunakan ungkapan ‘ingatlah orang yang tersayang’ maka, sesuai bangatlah kalau ungkapan tersebut digunakan untuk kempen kepada perokok. Apakah hukum kita menyakiti, atau membunuh orang tanpa sebab ? Berdosa ! Dalam hal ini bagaimana pula ? Fikirkan sejenak.
Saya pelik, perkara apa lagi yang hendak dibuktikan kepada mereka tentang bahayanya rokok ? Saya sempat berbual dengan seseorg yang rapat dengan saya tentang merokok dengan slumber dia berkata :
Semoga 1 hari nnt para perokok akan sedar sendiri akan bahaya merokok dan menghidu asap rokok....bebaskanlah dunia dari asap rokok....amin..
Thursday, April 3, 2008
Majlis pertunangan Adik ku
Walaupun hanya majlis tunangan tapi ramai juga tetamu yang hadir.Alhamdulillah..Biasalah keluarga kami di antara keluarga termuda jadi kenelah menjemput atuk2,nenek2,makcik pakcik sbg tanda hormat kami kepada mereka.Teringat masa zaman pertunangan aku pulak...hemmm...Cepatnya masa berlalu...diam x diam dah mendukung anak aku sekarang...Itulah lumrah dunia yang kecil akan dewasa,yang dewasa akan menjadi tua.Alamak tua x sedaplah berumur ha...ok...Itulah kan...
Ini sebahagian gambar yang sempat aku ambik masa di kg.....
Wednesday, April 2, 2008
Yahoo balik kg...
Tuesday, March 25, 2008
Lebah Pedoman Terbaik
Bila dengar je nama tebuan kita semua kenal dengan binatang ciptaan Tuhan ini...Binatang kecil yang cukup berbisa bila menyengat benda yang di anggap musuh...
SAYA sendiri pernah disengat tebuan,ketika itu umur saya dalam lingkungan 5-6 tahun , sejenis serangga tergolong dalam keluarga lebah. Bisa sengatan terasa hingga keesokan harinya. Hati saya berdetik, apalah sebabnya lebah ini dicipta kalau kerjanya hanya untuk menyengat dan menggigit orang?
Apabila saya mula mengenal dan membaca al-Quran, saya bertemu perkataan An-Nahl (lebah) yang menjadi nama kepada surah ke 16 Mushaf ini. Apabila dewasa, saya didedahkan dengan pelbagai keistimewaan dan khasiat madu lebah dan air liur (susu lebah) yang dikenali sebagai royal jelly.
Allah menyebut dan memfokuskan kebaikan kejadian penciptaan lebah secara nyata. Mungkin kerana itu Allah menamakan surah lebah sebagai salah satu surah dalam al-Quran. Allah mengajar dan memberi peringatan kepada kita dengan pelbagai cara. Memilih lebah sebagai perumpamaan adalah salah satu cara Allah menyedarkan kita. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: "Buatlah sarang di bukit, di pohon kayu, dan di tempat yang dibina manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuh jalan Rabbmu yang dimudahkan (bagimu).
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan" – (An-Nahl: 68-69).
Hadis khusus mengenai lebah juga kita perlu renungkan bersama. Rasulullah SAW. bersabda, "Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (tempat yang dihinggap)" – (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
Allah memberikan ilham kepada lebah untuk bekerja dan mengatur kehidupannya. Cara bekerja lebah yang halus dan teliti sungguh mengagumkan kita. Bagaimana lebah membuat sarang yang sangat kompleks, bagaimana mengurus kerja secara berpasukan yang mantap dan akhirnya mengeluarkan hasil madu berkhasiat. Malah madu dan susu lebah diakui oleh saintis dan pakar perubatan boleh menyembuh pelbagai penyakit dan resipi penjagaan kesihatan yang sentiasa relevan sepanjang zaman.
Hadis nabi di atas mengisyaratkan kita meniru sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Sifat itu adalah ilham dari Allah. Alangkah cantiknya perumpamaan ini. Inti patinya sama dan saling tidak tumpah antara perlakuan lebah dengan apa seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin. Mukmin yang memiliki sifat unggul. Mukmin yang memiliki keistimewaan yang lain dari yang lain. Walau di mana pun dia berada, walau ke mana pun dia pergi, walau apapun yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dipikul dia akan sentiasa memberi manfaat dan membawa maslahah kepada masyarakat di sekelilingnya. Ini jelas digambarkan oleh Rasulullah.
Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain. Kehidupan ini akan menjadi indah, membahagiakan dan lebih sejahtera, jika insan mulia seperti itu memainkan peranan dalam masyarakat seperti lebah.
Sifat lebah boleh jadikan cermin untuk mencapai martabat mukmin dalam mencapai hasil yang terbaik:
Hinggap di tempat yang bersih dan menghisap hanya yang bersih
Lebah hanya hinggap di tempat terpilih. Ini sangat jauh berbeza dengan lalat. Serangga membawa kuman ini mudah ditemui di tempat pembuangan sampah dan tempat kotor dan berbau busuk. Sebaliknya lebah hanya hinggap di pohon bunga, buah-buahan dan tempat bersih mengandung bahan madu.
Orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang beruntung. – (Al-A'raf: 157)
Oleh kerana itu, jika ia diberi amanah, dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, mencuri, salah guna kuasa, putar belit, menipu, dan berbohong. dusta. Hasil pendapatan dan kekayaan yang diraih dari perbuatan itu adalah khabaiths (kebusukan).
Mengeluarkan yang bersih
Madu lebah ada khasiat yang tinggi untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah yang mempunyai sistem perkumuhan yang tidak sama dengan makhluk lain. Sistem perkumuhan bukan bahan buangan tetapi produktif dengan kebaikan. Sistem perkumuhan binatang lain hanya mengeluarkan sesuatu yang busuk dan menjijikkan. Disamping itu penemuan terbaru abad ini ialah produk lebah selain daripada madu ialah liurnya yang menghasilkan susu lebah diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan.
Tidak merosakkan
Dia tidak pernah melakukan kerosakan sama ada material atau sebaliknya. Bahkan dia sentiasa membaik pulih kerosakan yang dilakukan oleh orang lain dengan cara yang tepat. Dia membaikpulih akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. Jika kerosakan terjadi akibat rasuah ia membanterasnya dengan menjauhi perbuatan buruk itu dan membawa penjenayah yang rasuah itu ke mahkamah untuk diadili.
Bekerja keras
Lebah adalah pekerja yang komited dan sentiasa bekerja keras. Sebaik saja ia keluar dari bilik menetas, lebah berpangkat pekerja ini mengosongkan dan membersihkan bilik sarangnya untuk di isi dengan telur baru. Selepas berumur tiga hari ia memberi makan larva dengan membawakan serbuk sari madu. Demikianlah hari-hari seterusnya ia bekerja dengan penuh semangat . Bukankah Allah pun memerintahkan mukmin untuk bekerja keras?
Bekerja secara berpasukan dan tunduk pada satu pimpinan
Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian. Mereka bekerja secara kolektif, berpasukan dan amat setia kawan. Masing-masing ada tugas sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil kawan untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu hormon) yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat penggera bahaya). Isyarat ini bertujuan mengundang kawan-kawannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang beriman.
Tidak mencederakan atau melukakan kecuali apabila diganggu
Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan hanya menyerang apabila berasa terancam atau terganggu. Untuk mempertahankan kehormatan umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika musuh ada, ia tidak akan lari.
Beberapa karakter lebah diatas seharusnya menjadi teladan yang patut kita contohi. Ternyata tidak sia-sia Allah mengabadikan serangga kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah An-Nahl.
Monday, March 24, 2008
Untuk pembaca dan pembaca blog ku
Cinta Ku Tertinggal di Malaysia - Dewa
Tak pernah ku sangka
Jauh dari kamu
Membuat aku menderita
Sejak pertama bertemu denganmu
Di negara mu yang indah
Aku di sini mengenang kamu
Meski aku tak lagi sendiri
Ku mulai fikir tuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta
*Duhai kekasihku
Cintaku tertinggal di Malaysia
Haruskah ku kembali untuk bersamamu
Duhai kekasihku
Haruskah ku tinggalkan semuanya yang ku miliki
Untuk hidup bersamamu
Mungkinkah kamu cinta terakhirku
Mungkinkah kamu cinta matiku
Ku mulai berfikir untuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta
Repeat *
Untuk ku serahkan hidupku
Untuk ku serahkan matiku
Berilah aku satu
Keyakinan untuk..
Kekuatan untuk..
Kesungguhan untuk..
Bisa tinggalkan semua untukmu..
Label: Dewa
Lagu sensasi masa kini
Matta - Ketahuan
Dari awal aku tak pernah
percaya kata-katamu
Kerana ku hanya melihat
Semua dari parasmu
Terakhir kau bilang padaku
Kau takkan pernah selingkuh
Tetapi ternyata dirimu
Bermain di belakangku
C/o
Saatku melihatmu kau sedang bermesraan
Dengan seorang yang ku kenal
Oh..oh kamu ketahuan (2x )
Pacaran lagi dengan dirinya teman baikku
Tapi tak mengapa
Aku tak heran kerna dirimu
Cinta sesaatku..
Label: Matta
Tuesday, March 11, 2008
Mohon maaf....
Wajib diterangkan kepada orang ramai:
Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak. Masanya datang serta merta dengan tiba-iba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.
Untuk meredakan keadaan minyak habis yang datang secara mendadak kita memerlukan dan mengambil masa untuk membuat persediaan. Kerana itu pemimpin kerajaan dan politikus dari semua kumpulan wajib membaca Peak Oil Theory. Kesedaran minyak akan habis wajib diberitahu kepada orang ramai sekarang.
Sekurang kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau bilau, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis.
Saya tidak nampak satu dasar penggunaan bahan bakar petroleum yang tepat dan betul yang sedang diajukan baik dari parti kerajaan ataupun dari Barisan Rakyat. Semua dasar yang mereka ajukan adalah dasar jangka pendek yang digunapakai untuk menipu rakyat. Subsidi atau menaikkan harga bukan jawapan untuk berhadapan dengan zaman kehabisan minyak.
Saya mengajukan satu perubahan struktur budaya hidup yang baru. Mengubah secara struktural dan meninggalkan gaya hidup yang kita guna pakai hari ini. Budaya konsumer dalam tamadun petroleum ini telah nazak dan wajib ditinggalkan.
Orang ramai wajib digalakkan dari hari ini untuk tidak menggunakan kereta persendirian dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Basikal perlu digunakan kembali seperti di zaman ayah dan datuk kita membesar. Hentikan kilang-kilang yang pengeluaran produk-produk yang tidak berguna dan bukan asas untuk hidup.
Kota dan bandar kita wajib dapat menampung dan mengeluarkan bahan makanan sendiri. Makanan tidak perlu diambil dari kawasan yang jauh atau diimport. Setiap warga wajib tahu hal pertanian. Tanaman yang diusahakan untuk makanan dan bukan untuk spekulasi mengumpul modal. Siapa bertanam maka mereka dapat makan.
Tempat kita bekerja pula tidak harus jauh dari tempat kita tinggal. Rumah-rumah yang kita dirikan bukan gua-gua batu yang memerlukan alat hawa dingin. Rumah adalah tempat kita berteduh dari hujan dan panas – kembali kepada asas. Penggunaan kuasa leterik dalam bangunan dan dalam rumah kita seharusnya pada asas yang paling minimum. Kota-kota kita tidak perlu disaluti dengan lampu neon yang mengiklankan hampeh-hampeh dan membazirkan tenaga leterik. Minyak, gas dan arang batu yang tidak miliki wajib dijaga dan di pergunakan dengan cermat.
Ekonomi yang berasaskan dolar wajib kita tinggalkan sekarang. Dolar adalah simbol tamadun petroleum. Semenjak tahun 1970-an bilamana Amerika dan Saudi Arabia menjadi sahabat karib maka dunia telah dipaksa menggunakan dolar dalam hal jual beli minyak. Kita semua dan rakyat dunia telah ditipu dengan kertas hijau yang dicetak oleh Amerika. Kertas hijau ini tidak memiliki apa apa nilai dan zat untuk dimakan. Malah kertas jamban lebih bernilai dan boleh digunakan berbanding dengan dolar Amerika.
Sekali pandangan apa yang saya ajukan ini sebagai cakap yang TIDAK masuk akal. Ianya tidak masuk akal kerana apa yang saya nyatakan ini dibaca dalam tahun 2008. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025 , berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak?
Kepada semua politikus dari semua parti politik sila kaji dan fahami tentang Tamadun Petroleum dan kajian teori M. King Hubbert. Jangan menjadi pemalas.Ingatlah pada kami rakyat biasa... kami juga manusia seperti kamu.kami juga memerlukan kehidupan yang selesa seperti yang kamu rasai...Dari itu sedarlah kepada sesiapa sahaja pemimpin yang kami percayai.Nikmat yang TUHAN berikan hanya sementara semua tidak kekal.
Monday, February 11, 2008
Hanya 1cerita sahaja....
Saya suka membaca cerita (dongeng) rakyat. Pertama, ia ringkas dan mudah difaham. Kedua, ia selalu mengandungi kiasan yang bagus-bagus untuk dipelajari dan dijadikan teladan.
Kebetulan, ketika melayari internet, saya bertemu pula beberapa cerita dongeng yang berasal dari India, iaitu cerita lama rakyat yang menggunakan binatang sebagai wataknya. Cerita yang terkandung dalam Panchatantra itu dikatakan sudah ribuan tahun lamanya, tetapi masih tetap segar dan bertaraf dunia.Salah satu daripada cerita dongeng itu telah diterjemahkan menjadi The Foolish Friend. Saya tertarik dengan cerita ini, dan ingin berkongsi bersama pembaca sekalian. Berikut adalah terjemahannya setelah disesuaikan secara bebas:
Pada suatu hari, seorang raja sedang berjalan-jalan dengan permaisurinya apabila dia ternampak seekor monyet peliharaan seseorang. Raja itu sangat berminat dengan binatang tersebut lalu mengambilnya untuk dijadikan binatang kesayangan.
Kononnya, memang menjadi kegemaran semulajadi bagi raja tersebut menyayangi burung kakak tua, ayam hutan, merpati, biri-biri jantan, monyet dan sebagainya.
Monyet yang tadinya diperlihara dengan baik dan diberi makan yang lazat-lazat itu semakin hari semakin besar dan dikasihi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah, ia (si monyet) disanjung serta digeruni oleh para pembesar yang mengelilingi raja.
Sesungguhnya, oleh kerana teramat sayang dan berharap kepada binatang tersebut, maka raja telah memberi sebilah pedang kebesaran kepadanya. (Seperti keris dalam masyarakat Melayu lama - penterjemah)
Nak di jadikan cerita.....
Tidak jauh dari istana raja, terletak pula sebuah hutan kecil yang dipenuhi berbagai jenis tumbuhan yang indah-indah. Setiap kali pada awal musim bunga, tempat itu menjadi sebuah taman yang berwarna-warni dan harum semerbak baunya.
Keindahan ini menyebabkan banyak unggas dan lebah datang berterbangan untuk menyanyikan lagu-lagu pujian kepada dewa yang berkuasa. Suatu hari, kerana terpesona dengan keindahan tersebut, raja telah mengajak permaisuri yang paling disayanginya pergi ke tempat itu. Sampai di sana, semua dayang dan pengiringpun diperintahkan supaya tunggu di luar sahaja.
Setelah beberapa ketika bersiar-siaran serta membelek bunga-bunga yang indah di situ, raja mula berasa letih lalu ingin beradu (mengikut bahasa istana ertinya tidur) sebentar. Raja bertitah kepada si monyet: "Beta nak beradu di bawah rimbunan bunga-bunga ini. Jangan ada apa-apa yang mengganggu beta!"
Dalam sekelip mata saja, rajapun lelaplah seperti biasa. Sebentar itu juga, seekor lebah yang berterbangan telah hinggap di kepala baginda. Melihatkan keadaan demikian, si monyet mulai berkata di dalam hatinya: "Cis…Takkanlah makhluk sekecil begini pun berani hendak mengganggu raja."
Dia segera menghalaunya tetapi lebah itu datang dan datang juga lagi. Oleh kerana terlalu marah, ia telah hilang akal lalu menghunus pedangnya. Senjata itu dihayunnya untuk membunuh lebah yang degil itu.Sekaligus, kepala rajapun terbelah dua!
Permaisuri yang sedang berbaring di sisi baginda segera bingkas. Melihat apa yang sudah terjadi, dia menjerit ketakutan: "Bodoh..., binatang...., Monyet…! Tergamak engkau melakukan perkara begini terhadap raja yang sangat percaya padamu."
Si binatang kesayangan raja itu cuba hendak menjelaskan punca bagaimana perkara itu boleh berlaku. Tetapi, tiada seorangpun percaya. Begitulah, seperti kata orang: 'Si bebal jangan menjadi teman baik; raja mati dibunuh monyet.'
Saturday, February 2, 2008
Hero Ku
Aku rasa cukup sini aje sebab time aku dah abis nak balik niee..
Wednesday, January 2, 2008
Biodata
Nama: Hazwin Bt. Rahamat @ Rahmat
Tarih lahir: 27 November 1979
Umur: 29 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Pt. Yani,Johor
Menetap:Bangi,Selangor
Bapa: Haji Rahamat @ Rahmat Bin Sarlan
Ibu: Hajah Ponirah Bt. Mijan
Nama Suami: Mohd. Roozee Bin Jalulidin
Bilangan anak: 1 orang
- Muhammad Zahrin Muhaimin (1 tahun lebih)
EMAIL : az.villaonline@gmail.com
FRIENDSTER : http://profiles.friendster.com/azcome
Perkhidmatan di sediakan
Detail:
Ingin mengajar ANAK dalam bahasa Arab yang mudah???
Klik disini :
www.belajarbahasaarab.com/ustaz/idevaffiliate.php?id=1105
Jaringan
http://ezmultiresources.blogspot.com
http://freewebs.com/ezmultiresources/
http://villaonlinebiz.blogspot.com
http://siswazah-tani.blogspot.com
http://jutawantani.wordpess.com
http://it4u.com.my
....
...
...
Jaringan Sosial (bersifat personal)
http://www.biovco.com/
www.rajaadsense.com/