Subscribe

RSS Feed (xml)

Monday, February 11, 2008

Hanya 1cerita sahaja....


Saya suka membaca cerita (dongeng) rakyat. Pertama, ia ringkas dan mudah difaham. Kedua, ia selalu mengandungi kiasan yang bagus-bagus untuk dipelajari dan dijadikan teladan.

Kebetulan, ketika melayari internet, saya bertemu pula beberapa cerita dongeng yang berasal dari India, iaitu cerita lama rakyat yang menggunakan binatang sebagai wataknya. Cerita yang terkandung dalam Panchatantra itu dikatakan sudah ribuan tahun lamanya, tetapi masih tetap segar dan bertaraf dunia.

Salah satu daripada cerita dongeng itu telah diterjemahkan menjadi The Foolish Friend. Saya tertarik dengan cerita ini, dan ingin berkongsi bersama pembaca sekalian. Berikut adalah terjemahannya setelah disesuaikan secara bebas:

Pada suatu hari, seorang raja sedang berjalan-jalan dengan permaisurinya apabila dia ternampak seekor monyet peliharaan seseorang. Raja itu sangat berminat dengan binatang tersebut lalu mengambilnya untuk dijadikan binatang kesayangan.

Kononnya, memang menjadi kegemaran semulajadi bagi raja tersebut menyayangi burung kakak tua, ayam hutan, merpati, biri-biri jantan, monyet dan sebagainya.

Monyet yang tadinya diperlihara dengan baik dan diberi makan yang lazat-lazat itu semakin hari semakin besar dan dikasihi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah, ia (si monyet) disanjung serta digeruni oleh para pembesar yang mengelilingi raja.
Sesungguhnya, oleh kerana teramat sayang dan berharap kepada binatang tersebut, maka raja telah memberi sebilah pedang kebesaran kepadanya. (Seperti keris dalam masyarakat Melayu lama - penterjemah)

Nak di jadikan cerita.....

Tidak jauh dari istana raja, terletak pula sebuah hutan kecil yang dipenuhi berbagai jenis tumbuhan yang indah-indah. Setiap kali pada awal musim bunga, tempat itu menjadi sebuah taman yang berwarna-warni dan harum semerbak baunya.

Keindahan ini menyebabkan banyak unggas dan lebah datang berterbangan untuk menyanyikan lagu-lagu pujian kepada dewa yang berkuasa. Suatu hari, kerana terpesona dengan keindahan tersebut, raja telah mengajak permaisuri yang paling disayanginya pergi ke tempat itu. Sampai di sana, semua dayang dan pengiringpun diperintahkan supaya tunggu di luar sahaja.

Setelah beberapa ketika bersiar-siaran serta membelek bunga-bunga yang indah di situ, raja mula berasa letih lalu ingin beradu (mengikut bahasa istana ertinya tidur) sebentar. Raja bertitah kepada si monyet: "Beta nak beradu di bawah rimbunan bunga-bunga ini. Jangan ada apa-apa yang mengganggu beta!"

Dalam sekelip mata saja, rajapun lelaplah seperti biasa. Sebentar itu juga, seekor lebah yang berterbangan telah hinggap di kepala baginda. Melihatkan keadaan demikian, si monyet mulai berkata di dalam hatinya: "Cis…Takkanlah makhluk sekecil begini pun berani hendak mengganggu raja."

Dia segera menghalaunya tetapi lebah itu datang dan datang juga lagi. Oleh kerana terlalu marah, ia telah hilang akal lalu menghunus pedangnya. Senjata itu dihayunnya untuk membunuh lebah yang degil itu.Sekaligus, kepala rajapun terbelah dua!

Permaisuri yang sedang berbaring di sisi baginda segera bingkas. Melihat apa yang sudah terjadi, dia menjerit ketakutan: "Bodoh..., binatang...., Monyet…! Tergamak engkau melakukan perkara begini terhadap raja yang sangat percaya padamu."

Si binatang kesayangan raja itu cuba hendak menjelaskan punca bagaimana perkara itu boleh berlaku. Tetapi, tiada seorangpun percaya. Begitulah, seperti kata orang: 'Si bebal jangan menjadi teman baik; raja mati dibunuh monyet.'

Saturday, February 2, 2008

Hero Ku

Assalammualaikum
Ini hero kesayangan aku dan husband aku.Come tak?Usia dia sekarang sudah masuk setahun empat bulan.Cepat aje masa berlalu.Nick name dia ayien.Belum pandai berkata2 lagi.Sepatah dua bolehlah....Tapi dia anak yang bijak pantang di tegur muncung selalu mulutnye....Hobinye berjalan sajer.Dah pandai mengurat awek pompuan entah feel saper yang di ikutnye...x pelah janji kelakuan nye baik.Kalau nak tengok gambar-gambar dia boleh ler masuk friendster aku... "azcome friend".
Aku rasa cukup sini aje sebab time aku dah abis nak balik niee..