Friday, April 11, 2008

Kesan Minum Ais di Badan kita...


Biarpun Artikel nie panjang tapi amat berguna untuk Kesihatan Kita semua.

Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut.

Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila s eseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk.

Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr R. Mr R berusia 30 -an. Seorang pekerja gomen yang tabiatnya ialah gemar air batu. Rumahnya sentiasa berkipas namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr R sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas).

Mr R juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuaca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr R tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr R tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr R sudah kena simptom (kalah sejuk) iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.


Begitulah gerak kata orang yang degil. Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:

Kekerapan MEMINUM AIR BATU boleh merosakkan paru-paru.Lebihkan meminum air masak suam dari meminum air batu.
Sekian Wallahualam.

Monday, April 7, 2008

Perokok...perokok...




Tak tahu bagaimana nak ‘menyekolahkan’ penghisap rokok ni. Agaknya macam mana lah kisah kesudahan hidup seorang perokok. Kalau lah ada seratus orang yang seperti saya sudah tentu hidup mereka takkan bahgia. Sememangnya ada, bahkan lebih dari itu. Apa tidaknya. Setiap kali asap yang menyelusup masuk ke hidung ini, ianya membuatkan saya tidak tenang, marah yang tak dapat diluahkan. Bila mereka nak bertaubat ? Mereka terselamat sebab saya tiada kekuatan untuk ‘menyekolahkan’ mereka. Kalau dalam kempen untuk pemandu-pemandu kenderaan di jalan raya ada menggunakan ungkapan ‘ingatlah orang yang tersayang’ maka, sesuai bangatlah kalau ungkapan tersebut digunakan untuk kempen kepada perokok. Apakah hukum kita menyakiti, atau membunuh orang tanpa sebab ? Berdosa ! Dalam hal ini bagaimana pula ? Fikirkan sejenak.

Saya pelik, perkara apa lagi yang hendak dibuktikan kepada mereka tentang bahayanya rokok ? Saya sempat berbual dengan seseorg yang rapat dengan saya tentang merokok dengan slumber dia berkata :
bagi aku rokok tu memang haram dan tak ada faedah
Lantas menyertakan ungkapannya itu dengan :
tapi susahlah nak berhenti, tak boleh !
Dalam hati, saya sempat menjawab :
kalau nak seribu daya, kalau tak nak, ada saja alasannya
Ada lagi hujah yang lebih baik daripada itu tak ? Mungkin kita boleh bertukar-tukar pendapat atau mungkin dengan pendapat-pendapat kalian yang sungguh bernas itu boleh mengubah personaliti saya menjadi seorang perokok seperti kalian ?Sekurang-kurangnya ‘ingatlah orang yang tersayang’. Saya tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa tapi sekadar saling ingat mengingati. Sampai bila ? Membuatkan orang lain marah dan benci, amalan yang sungguh muliakah itu ? Bahkan menyebabkan orang lain yang tidak ada kena mengena menerima padahnya. Nauzubillah min zalik. Mudah-mudahan selepas saat ini, kita ‘ingat orang yang tersayang’ lagi-lagi kita baru saja melepasi bulan tarbiyah. Kalau kita mampu untuk tidak merokok pada bulan ramadhan, mengapa tidak di bulan yang lain ? tepuk dada tanya iman.
Semoga 1 hari nnt para perokok akan sedar sendiri akan bahaya merokok dan menghidu asap rokok....bebaskanlah dunia dari asap rokok....amin..

Thursday, April 3, 2008

Majlis pertunangan Adik ku



Tanggal 30.03.08 merupakan majlis yang di nantikan oleh adik aku yang bernama" UG "(bukan ogy mulut petpot tuuu. nama je sama) dengan penuh debaran..Tahniah2x.....Kini SAH dia bergelar tunangan org...(Tunang sahaja lampu masih kuning belum hijau)Ha...ha...ha...Emak dan abah lega semuanya berjalan lancar.Aku adik-beradik tumpang gembira.Kami doakan semoga dia kekal ke jinjang pelamin bersama jejaka pilihannya..
Walaupun hanya majlis tunangan tapi ramai juga tetamu yang hadir.Alhamdulillah..Biasalah keluarga kami di antara keluarga termuda jadi kenelah menjemput atuk2,nenek2,makcik pakcik sbg tanda hormat kami kepada mereka.Teringat masa zaman pertunangan aku pulak...hemmm...Cepatnya masa berlalu...diam x diam dah mendukung anak aku sekarang...Itulah lumrah dunia yang kecil akan dewasa,yang dewasa akan menjadi tua.Alamak tua x sedaplah berumur ha...ok...Itulah kan...

Ini sebahagian gambar yang sempat aku ambik masa di kg.....

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Wednesday, April 2, 2008

Yahoo balik kg...

Sabtu 29.03.08 - Inilah masjid menandakan jalan masuk ke kg aku iaitu Parit Yani.Masjid ini sudah di ubah suai cantik oleh penduduk di sini.Terpegun seketika aku melihatnya .Yelah dah hampir 6 bulan aku tak balik ke kg halaman ku.Rindu tak terkata.Walaupun aku balik sekejap2 tapi aku tak pernah lupakan kg halaman ku ini.Di sinilah tempat jatuh bangun aku dari kecil sampai dewasa.Akan aku kembali lagi untuk menjengah mu.(Ingsaallah)