Monday, April 7, 2008

Perokok...perokok...




Tak tahu bagaimana nak ‘menyekolahkan’ penghisap rokok ni. Agaknya macam mana lah kisah kesudahan hidup seorang perokok. Kalau lah ada seratus orang yang seperti saya sudah tentu hidup mereka takkan bahgia. Sememangnya ada, bahkan lebih dari itu. Apa tidaknya. Setiap kali asap yang menyelusup masuk ke hidung ini, ianya membuatkan saya tidak tenang, marah yang tak dapat diluahkan. Bila mereka nak bertaubat ? Mereka terselamat sebab saya tiada kekuatan untuk ‘menyekolahkan’ mereka. Kalau dalam kempen untuk pemandu-pemandu kenderaan di jalan raya ada menggunakan ungkapan ‘ingatlah orang yang tersayang’ maka, sesuai bangatlah kalau ungkapan tersebut digunakan untuk kempen kepada perokok. Apakah hukum kita menyakiti, atau membunuh orang tanpa sebab ? Berdosa ! Dalam hal ini bagaimana pula ? Fikirkan sejenak.

Saya pelik, perkara apa lagi yang hendak dibuktikan kepada mereka tentang bahayanya rokok ? Saya sempat berbual dengan seseorg yang rapat dengan saya tentang merokok dengan slumber dia berkata :
bagi aku rokok tu memang haram dan tak ada faedah
Lantas menyertakan ungkapannya itu dengan :
tapi susahlah nak berhenti, tak boleh !
Dalam hati, saya sempat menjawab :
kalau nak seribu daya, kalau tak nak, ada saja alasannya
Ada lagi hujah yang lebih baik daripada itu tak ? Mungkin kita boleh bertukar-tukar pendapat atau mungkin dengan pendapat-pendapat kalian yang sungguh bernas itu boleh mengubah personaliti saya menjadi seorang perokok seperti kalian ?Sekurang-kurangnya ‘ingatlah orang yang tersayang’. Saya tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa tapi sekadar saling ingat mengingati. Sampai bila ? Membuatkan orang lain marah dan benci, amalan yang sungguh muliakah itu ? Bahkan menyebabkan orang lain yang tidak ada kena mengena menerima padahnya. Nauzubillah min zalik. Mudah-mudahan selepas saat ini, kita ‘ingat orang yang tersayang’ lagi-lagi kita baru saja melepasi bulan tarbiyah. Kalau kita mampu untuk tidak merokok pada bulan ramadhan, mengapa tidak di bulan yang lain ? tepuk dada tanya iman.
Semoga 1 hari nnt para perokok akan sedar sendiri akan bahaya merokok dan menghidu asap rokok....bebaskanlah dunia dari asap rokok....amin..

3 comments:

Unikversiti said...

Salaam alaikum w.b.t.... Saya dulu pn seorang perokok tegar dan bagi macam2 alasan payah berhenti merokok. Tapi sejak ketahui ada fatwa kata rokok haram dan kebetulan memang diri sendiri nak berhenti pun, maka saya lawan dengan TIDAK MEROKOK.

Maka perokok2 di luar sana, sebenarnya tiada alasan untuk tidak berhenti, nak ke x nak je. Perasaan gian tu boleh je dilawan, seminggu dua minggu mula2 tu memang COBAAN. Tetapi lepas beberapa minggu insyaALLAH dah x ada apa dah, kandungan darah pn dah makin kurang dengan narkotin dan camam2 lagi tu.

Yang penting dalaman kita ni, maka tekad dan usaha bersungguh dengan TIDAK MEROKOK, x nak lakukan yang HARAM, nescaya anda akan dapat berhenti insyaALLAH. All the best :)

mat jaid said...

ade idea ker??
angan2 nk bhenti mrokok da punah la...

az.villaonline said...

Thanks En Forumer.Tahniah juga kerana anda berjaya berhenti merokok.Kata orng dimaner ada kemahuan di situ pasti ada jalan...kepada teman2yang lain tepuklah dada tanye selera.Ingsaallah kamu semua pasti BOLEH...