Tuesday, March 11, 2008

Mohon maaf....

Lama rasanya aku tak meng'update blog ni.Sibuk selepas pilihanraya.Ini baru ada kelapangan sikit.Bukan berkempen tau.Bercakap mengenai pilihanraya ramai yang terkejut besar bila kali ini BN kalah teruk tak seperti tahun2 yang sudah.Parti pihak pembangkang berjaya mendapat kepercaan dari rakyat jelata.Ini kerana semua org bijak memikirkan masa depan yang akan di lalui bukan untuk mereka tp pada anak2 mereka.Contoh paling "HOT" sekali isu tentang minyak akan naik lagi.....Entahlah tapi aku ada terbaca 1 fakta ni dan aku rasakan ada kebenarannya juga....

Wajib diterangkan kepada orang ramai:

Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak. Masanya datang serta merta dengan tiba-iba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.

Untuk meredakan keadaan minyak habis yang datang secara mendadak kita memerlukan dan mengambil masa untuk membuat persediaan. Kerana itu pemimpin kerajaan dan politikus dari semua kumpulan wajib membaca Peak Oil Theory. Kesedaran minyak akan habis wajib diberitahu kepada orang ramai sekarang.

Sekurang kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau bilau, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis.

Saya tidak nampak satu dasar penggunaan bahan bakar petroleum yang tepat dan betul yang sedang diajukan baik dari parti kerajaan ataupun dari Barisan Rakyat. Semua dasar yang mereka ajukan adalah dasar jangka pendek yang digunapakai untuk menipu rakyat. Subsidi atau menaikkan harga bukan jawapan untuk berhadapan dengan zaman kehabisan minyak.

Saya mengajukan satu perubahan struktur budaya hidup yang baru. Mengubah secara struktural dan meninggalkan gaya hidup yang kita guna pakai hari ini. Budaya konsumer dalam tamadun petroleum ini telah nazak dan wajib ditinggalkan.

Orang ramai wajib digalakkan dari hari ini untuk tidak menggunakan kereta persendirian dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Basikal perlu digunakan kembali seperti di zaman ayah dan datuk kita membesar. Hentikan kilang-kilang yang pengeluaran produk-produk yang tidak berguna dan bukan asas untuk hidup.

Kota dan bandar kita wajib dapat menampung dan mengeluarkan bahan makanan sendiri. Makanan tidak perlu diambil dari kawasan yang jauh atau diimport. Setiap warga wajib tahu hal pertanian. Tanaman yang diusahakan untuk makanan dan bukan untuk spekulasi mengumpul modal. Siapa bertanam maka mereka dapat makan.

Tempat kita bekerja pula tidak harus jauh dari tempat kita tinggal. Rumah-rumah yang kita dirikan bukan gua-gua batu yang memerlukan alat hawa dingin. Rumah adalah tempat kita berteduh dari hujan dan panas – kembali kepada asas. Penggunaan kuasa leterik dalam bangunan dan dalam rumah kita seharusnya pada asas yang paling minimum. Kota-kota kita tidak perlu disaluti dengan lampu neon yang mengiklankan hampeh-hampeh dan membazirkan tenaga leterik. Minyak, gas dan arang batu yang tidak miliki wajib dijaga dan di pergunakan dengan cermat.

Ekonomi yang berasaskan dolar wajib kita tinggalkan sekarang. Dolar adalah simbol tamadun petroleum. Semenjak tahun 1970-an bilamana Amerika dan Saudi Arabia menjadi sahabat karib maka dunia telah dipaksa menggunakan dolar dalam hal jual beli minyak. Kita semua dan rakyat dunia telah ditipu dengan kertas hijau yang dicetak oleh Amerika. Kertas hijau ini tidak memiliki apa apa nilai dan zat untuk dimakan. Malah kertas jamban lebih bernilai dan boleh digunakan berbanding dengan dolar Amerika.

Sekali pandangan apa yang saya ajukan ini sebagai cakap yang TIDAK masuk akal. Ianya tidak masuk akal kerana apa yang saya nyatakan ini dibaca dalam tahun 2008. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025 , berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak?

Kepada semua politikus dari semua parti politik sila kaji dan fahami tentang Tamadun Petroleum dan kajian teori M. King Hubbert. Jangan menjadi pemalas.Ingatlah pada kami rakyat biasa... kami juga manusia seperti kamu.kami juga memerlukan kehidupan yang selesa seperti yang kamu rasai...Dari itu sedarlah kepada sesiapa sahaja pemimpin yang kami percayai.Nikmat yang TUHAN berikan hanya sementara semua tidak kekal.

No comments: